Gula Untuk Kesihatan

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi satu artikel dari seorang Doktor tentang pendapatnya berkaitan dengan manis gula pasir yg kita ambil..

Jom baca ye..
===========

KITA MEMANG PERLUKAN STEVIA!!

Credit to Dr Roslan bin Yusof, MD (USM)

Beberapa kali saya menerima pesakit yang berjanji akan meninggalkan gula. Katanya dia memang tak suka manis. Saya kata baguslah. Meninggalkan gula adalah cara yang paling murah. Kita tak perlu keluarkan belanja tambahan.

Beberapa bulan kemudian mereka datang dengan kencing manisnya masih tak terkawal juga. Saya tanya adakah dia betul-betul tinggalkan gula? Dia kata, “Tak minum dah doktor. Kalau minum manispun sikit-sikit je!”

Nampak tak apa maksudnya? Maksudnya ialah apa yang masyarakat kita faham meninggalkan gula itu ialah meninggalkan minum manis yang banyak. Kalau manis sikit-sikit itu dah kira tinggal gula… Ini bukan kes terpencil… Ramai yang beranggapan begitu. Kemudian mereka akan menambah, “kalau tinggal manis terus badan akan rasa letih.”

Kita tidak semata-mata menyalahkan mereka, tetapi sebenarnya intipati yang dapat dicungkil ialah masyarakat tidak dapat lari dari manisnya gula. Sebutlah apa saja kajian dan fakta yang mengatakan bahawa karbohidrat sudah memadai untuk memberikan tenaga, mereka akan tetap mengatakan gula itu keperluan untuk memberikan tenaga. Inilah mudaratnya gula. Kesan ketagihan yang melekat di lidah itu amat sukar untuk dibuang.

Jadi, peranan stevia cukup besar. Ia dapat menggantikan manisnya gula. Manisnya yang lazat itu akhirnya dapat menghalang seseorang dari kembali kepada gula. Bila mereka meninggalkan gula, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain jadi mudah dikawal sekaligus menambah nilai untuk kesihatan mereka.

Dari sudut kesihatan… stevia bukan lagi suatu alternatif tetapi suatu keperluan. Bagi yang sihat, stevia dapat mencegah dari berlakunya pelbagai penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan 60 penyakit lain. Bagi yang sakit… stevia dapat membantu memudahkan pemulihannya. Bagi yang muda, stevia dapat membantu mengekalkan kesihatan dan mencergaskan minda. Bagi yang tua pula stevia dapat mencegah pereputan tulang dan menghalang penyakit. Bagi yang kurang kemampuan, mereka lebih perlukan stevia kerana mereka perlu memelihara kesihatan mereka kerana bila sakit mereka perlukan duit untuk merawatnya.

Hari ini masyarakat sememangnya tiada alasan untuk tidak menggunakan stevia. Stevia adalah alternatif dari sudut pemanis saja, tetapi keperluan dari sudut kesihatan.

Justeru adalah sangat bijak untuk bertukar kepada stevia kerana kesihatan adalah nikmat terbesar yang perlu kita pelihara…

Hubungi saya utk order Stevia,
📱 Emme Marina
saya kongsi tanda sayang..TQ.
Tel/ Wasap ke
018 9100 852


Catat Ulasan

0 Ulasan