Budak Empat Tahun Hidap Diabetes bergantung Hidup pada Insulin

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak, Nor Madihah Muhammad Muhsin, 4, yang mengidap penyakit diabetes mellitus sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung kepada penggunaan insulin seumur hidup.

Bapanya, Muhammad Muhsin Mansor, 29, berkata, sejak kebelakangan ini, kesihatan anak tunggalnya itu didapati semakin merosot dan memerlukan penjagaan rapi.

Menurutnya, dia difahamkan, Nor Madihah menghidap penyakit tersebut disebabkan antibodinya menyerang sel-sel beta di pankreas yang berfungsi menghasilkan insulin.

“Sebelum ini anak saya aktif tetapi saya menyedari dia mengalami diabetes selepas dia kerap demam dan tidak bermaya selain kerap dahaga dan kencing.

“Doktor mengesahkan anak saya mempunyai penyakit ini dan perlu menjalani rawatan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap tiga bulan sekali.

“Malah, doktor turut mengesahkan anak saya itu juga terpaksa bergantung kepada insulin seumur hidup,” katanya ketika di rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Muhammad Muhsin memberitahu, setakat ini, dia sudah menghabiskan wang simpanannya serta hasil sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan zakat hampir RM34,000 untuk mem­beli alat Diabetic Infution Pump serta jarum untuk digunakan semasa menambah insulin anaknya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz4KH9JGsph
Hakcipta terpelihara


Catat Ulasan

0 Ulasan